Banyak tasik-tasik yang unik di dunia.Dibawah ni antara tasik-tasik yang unik di dunia.
1. Horseshoe Bend Lake (Arizona, USA):
Tasik berbentuk ladam kuda yang cantik menghijau dan menyejukkan mata. Tasik Horseshoe Bend ini merupakan khazanah Sungai Colorador yang berkelok terletak di kawasan hilir sungai Tasik Powell yang terletak di Kawasan Rekreasi Kebangsaan Glen Canyon di Arizona, USA.
2. Horseshoe Lake (Canada):
Tasik berbentuk ladam kuda ini berasal daripada kelok sungai utama yang membentuk ladam kuda apabila diempang seperti kejadian tasik-tasik ladam kuda yang lain. Tasik yang indah ini terletak di sepanjang Red River, dekat Morris di selatan Manitoba, Canada.
3. Fisheating Creek (Florida, USA):
Sungai ini mempunyai bentuk aliran yang unik jika dilihat dari udara. Aliran sungai ini berbentuk zig-zag yang merentasi kawasan Cowbone March yang terletak di barat Tasik Okeechonee (The Big O Lake) di Florida, USA.
4. Peyto Lake (Canada):
Tasik ini terletak di antara Rockies Canada dan berbentuk seperti beruang yang dinamakan Tasik Peyto bersempena mengambil nama Bill Peyto, iaitu orang yang mula-mula menjelajahi kawasan Banff ini. Tasik ini dipenuhi oleh glasier dan jalan mudah untuk sampai ke sana ialah dari kawasan salji Parkway.
5. Eros Lake (India):
Tasik Eros ini berbentuk jantung hati (heart shaped) dan terletak di Puncak Chembra, India dengan ketinggian 1,398 meters di atas paras laut dan keluasan permukaan 1,827 meter persegi. Kawasan ini mempunyai suhu yang nyaman.
6. McKinley Lake (Alaska):
Tasik McKinley ini terletak berhampiran dengan Gunung McKinley, Alaska, iaitu gunung tertinggi di Amerika Utara, dengan ketinggian puncaknya lebih kurang 6,194 meter dari aras laut. Kaki gunung ini lebih rendah daripada Gunung Everest tetapi meliputi kawasan yang lebih luas.
7. Schulensmeer Lake (Belgium):
Tasik Schulensmeer di Belgium ini adalah tasik semulajadi serta ditambahi dengan buatan manusia dan secara tidak disedari ia berbentuk seperti pistol dengan kepanjangan 2.5 km. Tasik ini terjadi apabila pada tahun 1970an, sebatang lebuhraya yang dibina di kawasan berhampiran menggunakan tanah di sini sehingga kawasan ini akhirnya menjadi tasik yang berbentuk pistol seperti sekarang ini. tasik ini menjadi tasik rekreasi untuk kapal layar, meluncur air dan aktiviti sukan air yang lain.
8. Manicouagan Lake (Canada):
Tasik ini merupakan satu daripada tujuh keajaiban di Canada. Ia merupakan tasik empangan hidroelektrik yang berbentuk cincin, terletak di bahagian tengah tanah rendah/lembah Manicouagan di Quebec, Canada. Tasik ini meliputi kawasan seluas 70 kilometer garispusat dan merupakan tasik yang ditutupi salji sepanjang tahun di mana bahagian tengah cecincin tersebut dipenuhi oleh batuan yang dihakis oleh proses glasieran (glaciation).
9. Sao Paulo Lake (Brazil):
Ini adalah tasik buatan manusia di kawasan perkampungan nelayan di negeri Sao Paulo, Brazil. Tasik ini berbentuk orang raksaksa yang kelihatan gembira, meliputi kawasan sepanjang 140 meter.
10. Yueyaquan Lake (China):
Tasik adalah oasis yang berbentuk bulan sabit di kawasan padang pasir di China yang terletak di selatan bandar Dunhuang di Jajahan Gansu. Kawasan ini menjadi tarikan pelancongan untuk melihat unta di China.M&KA.
Jadi,korang pilih la tasik mana yang korang nak pergi/lawati ok?hukhuk.
8 comments:
huhuhu
jangan lupa cuti sekolah ni bawa anak2 pergi ke tasik2 berikut.kehkeh
huh! menarik terbaik..
HAHA,jangan lepas peluang untuk lawati :)
Wahhh rasa mcm tasik2 tu pelbagai corak pulak ye.. menarik! subhanallah!
mmg menarik tasik ni..
jgn lupa lawati tasik pling dalam di dunia.. tasik baikal nmanya.. boleh mnyelam dlm2 lgi.. hehe
suka no 4
nampak cantik
Cara - Cara Menjemput Rakan - Rakan Menghadiri Majlis Perkahwinan Anda
Wahhh, macam2 lak ye, he3...
Entry terbaru -> Leica O Series Kamera Paling Mahal Di Dunia... (",)
Post a Comment