Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Thursday 2 June 2011

Oh! Wanita, Merokok Itu Tidak Bagus.


Bagaikan trend masa kini, bilangan wanita muda yang merokok semakin bertambah.

Adakah pertambahan ini disebabkan penerimaan masyarakat yang menganggap seseorang wanita yang merokok itu adalah golongan berprestij? Oh! Tidak. Prestijkah anda kalau sekadar bangga dengan menghembuskan asap rokok yang berkelun-kelun, tetapi tidak tahu pun mengenai turun naiknya saham di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL), nama Menteri dalam kabinet juga tidak hafal kesemuanya ataupun belajar setakat Tingkatan Lima? Cuba tanya diri sendiri, inikah wanita generasi moden yang patut dicontohi?



Sudah hilang sifat ketimuran wanita yang dijaga sekian lama. Kononnya untuk ‘mendukung’ pegangan masyarakat yang berfikiran terbuka. Justeru, anak-anak muda bebas merokok tanpa ada rasa segan silu. sesungguhnya fikiran terbuka bukan bermaksud kita membenarkan apa sahaja anasir negatif lalu menerapkannya dalam budaya kita. Sebagai insan yang dianugerahkan akal dan fikiran, Tuhan menyuruh kita menggunakannya dan memilih jalan terbaik meneruskan hidup dalam penuh kesejahteraan.

Jadi, kepada golongan wanita yang merokok di luar sana, dapatkan segera bantuan doktor supaya tabiat buruk ini dapat dihentikan segera untuk kebaikan diri sendiri dan keluarga.

Tabiat merokok tiada kebaikannya, malah memendekkan jangka hayat anda. Justeru, usah bertangguh lagi. Berhenti merokok sebelum terlambat.
AANS

15 comments:

M Fizan said...

aku ckp pmpuan mrokok xde mruah..haha

Roti Telur said...

haha,kejam tu..

Lydia Miza said...

akak klu nmpk perokok perempuan terus akak paling muka.malunyer rasa.diri akak yg malu..

angelycious said...

oh tidakkk~ arap muke cun, senyum gg kuning. mang tak la jwbnyer. ;D

PenDekAr LauT said...

Zaman sekarang ni perempuan merokok dah berterabur.. Jika tidak ada kesedaran dalam diri mereka apa kita boleh buat. Jika di tegur pasti melenting...

Roti Telur said...

Lydia Miza(Aidyl Azim) : HAHA.tapi orang yg hisap tu xde prasaan malu pun.

Roti Telur said...

Dernier Jay : chantik ke?jeles la tu..keke

Roti Telur said...

PenDekAr LauT : tu la,ibubapa pun tak ambil berat..huhu

mellina.S said...

Knp perempuan je? LELAKI PUN SAMA . MEREKA merokok orang keliling TERhisap secondhand smoke MEREKA. Belipat kali ganda bahayaaa. SO, taley na blame one pihak je kan? PANGKAH lelaki AND wanita yg merokokk ! :D

angelycious said...

Jeles nan ppuan yg isap rokok? hahahaha mang tak lar~ da try, tade hape yg best pon. kakakakaka.

Unknown said...

pompuan nak merokok tu silakan, nak sangat cepat mampos kan?

Farahin Shahadan said...

Agreed with Mellina.s

Owh, bukan saja wanita. Lelaki pun sungguh tak COOL nya bagi yang merokok. So, mari kita sama2 membanterasnya! *hik3... ;p

HAFIZAL said...

tak manis wanita merokok....tak sesuai

Roti Telur said...

HAFIZAL : yup , org pandang hina kod.keke

Amiey White said...

wah ! for me : mentality masyarakat hanya memikirkan soal fizikal , soal tak manis lah , murah lah , macam pelacur . sangat annoying . apa kata point lebih pada kesihatan .

ya ! perokok wanita effect kesihatan nya lebih dari lelaki , kanser rahim and macam2 . sama seperti lelaki . sepatutnya kedua jantina ini , tidak patut merokok .