Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Saturday 28 May 2011

RASUAH BOLA SEPAK NEGERI SEMBILAN: DI MANA SILAPNYA

Peminat bola sepak negara terkejut apabila Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS), Datuk Seri Mohamad Hassan membuat laporan polis mengaitkan pasukan Piala Presidennya terbabit dalam mengatur keputusan perlawanan sehingga menjejaska prestasi pasukan berkenaan.
Sehingga kini Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sudah pun menerima laporan polis mengenai isu rasuah berkenaan.
Apa yang berlaku ini jelas mengecewakan peminat setia Hoben Jang Hoben itu yang sentiasa memberi sokongan padu kepada pasukan Negeri Sembilan khusus skuad pelapis Piala Presiden setiap kali perlawanan berlangsung.
Ramai peminat memberi reaksi yang pelbagai dalam laman sosial termasuk mengaitkan isu rasuah dengan skuad Liga Super Negeri Sembilan yang menunjukkan prestasi hambar pada tahun ini.
Perletakan jawatan Wan Jamak sebagai ketua jurulatih dan kemasukan jurulatih baru, Mohd Azrai Khor Abdulah tidak memberi perubahan besar kepada pasukan yang,menunjukkan aksi terbaik pada tahun lalu.
Roti Telur berharap tiada pemain Liga Super yang terbabit dalam aktiviti tidak bermoral itu yang jelas akan memberi impak besar kepada masa depan pasukan dan individu itu sendiri.
Jika terbukti ada pemain yang menerima rasuah, keputusan tegas oleh badan induk, Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) perlu dilaksanakan sebagai hukuman kepada pemain terbabit.
PNBS sendiri perlu meyakinkan peminat Negeri Sembilan agar mereka terus menyokong pasukan kesayangan mereka dan menyerah isu itu kepada PBNS untuk bertindak.

1 comments:

Admin said...

wait seminit.. pasukan mana yang bakar bendera Negeri Kelantan dan aibkan penyokong dan seluruh RAKYAT KELANTAN dengan sebarkan video kepada harian metro untuk disiarkan di akhbar?? fikir-fikirkanlah and what you give you get back, sad but true.