Pages

Subscribe:

Ads 468x60px

Labels

Friday 20 May 2011

Hotel Helikopter Pertama Di Dunia Yang Diberi Nama Hotelicopter


Hotel pertama di dunia di dalam penerbangan udara! Selamat Datang ke Hotel Terbang yang diberi nama Hotelicopter. Ia adalah hasil daripada pakar kejuruteraan Russia

Hotelicopter ini dibina dengan mempunyai 18 bilik mewah. Setiap bilik hotel disediakan dengan sistem kedap bunyi daripada bunyi bising engin hotelicopter. Bilik hotel juga turut dilengkapi dengan katil yang berukuran queen, linen halus, mini bar, mesin pembancuh air kopi, akses internet wayerles dan kesemua kemudahan mewah yang seringkali terdapat di dalam hotel² 5 bintang. Perkhidmatan house keeping hanya tersedia setelah 1 jam penerbangan bermula.

Menurut sebuah penceritaan, Hotelicopter ini telah diadaptasikan daripada sebuah model helikopter Soviet lama iaitu Mil V12 yang juga mempunyai 18 bilik mewah berserta dengan sistem kalis bunyi. Helikopter Hotelicopter ini juga adalah helikopter terbesar yang pernah dihasilkan di dalam dunia.











apa macam?hebat?

0 comments: